Sunday, June 4, 2017

7 Adab Ketika Berpuasa



1) Menjauhkan Diri Daripada Perkara Keji

Selain daripada menahan diri daripada lapar dan dahaga, anda juga perlu menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara keji seperti zina, mengumpat dan sebagainya.

2) Mengelakkan Diri Daripada Perkara Yang Membatalkan Puasa

Adalah sebaiknya jika anda mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang boleh membatalkan puasa kecuali jika ia tidak dapat dielakkan khususnya golongan wanita seperti keluar darah haid.

3) Menahan Nafsu

Waktu di bulan puasa ini lah anda harus belajar untuk mengawal nafsu anda. Nafsu yang dimaksudkan bukan lah nafsu seks semata-mata, malah juga nafsu makan, nafsu berbelanja dan sebagainya.

4) Bersederhana Ketika Berbuka

Jika anda dapat menahan nafsu makan anda, maka anda dapat mengelak dari membazir ketika berbuka. Amalkan sikap bersederhana ketika berbuka. Jangan beli lebih daripada apa yang anda mampu makan untuk mengelakkan pembaziran. Sesungguhnya, membazir itu adalah amalan syaitan.

5) Kurangkan Tidur

Menjalani ibadah berpuasa ini memerlukan tenaga yang banyak. Namun itu, bukan alasan untuk anda tidur sepanjang hari kerana ia boleh memakruhkan ibadah puasa anda. Kurangkan masa tidur anda dengan membuat ibadah pada malam hari untuk menambah amalan pahala anda di bulan mulia ini.

6) Beribadat Dengan Bersungguh-sungguh

Bulan Ramadhan bukan bulan untuk berpuasa sahaja, malah ia adalah bulan untuk kita melakukan ibadah yang banyak agar dapat menambah amalan pahala. Bulan Ramadhan adalah bulan yang paling dinantikan kerana keistimewaan malam Lailatul Qadar. Maka, banyakkan mengamalkan ibadah dengan bersungguh-sungguh ketika bulan puasa ini.

7) Sentiasa Berfikir Tentang Hikmah Puasa

Berpuasa ini banyak hikmahnya dan sudah menjadi tanggungjawab anda sebagai umat Muslim yang berpuasa untuk sentiasa berfikir tentang hikmah puasa agar anda lebih bersemangat untuk menjalankan ibadah puasa.

1 comment:

  1. betul...awk sgt berpengatahuan...sy ska bca blog awk...teruskan usaha mnjadi blogger...

    ReplyDelete

All Rights Reserved 2017 ( SITI FILZAHTUL )