Saturday, October 14, 2017

BERKAWAN

BERKAWAN. Satu perkataan yang mudah disebut, senang dilakukan, namun sukar untuk sesetengah orang yang inginkan keikhlasan dalam berkawan. Same like me. Bila aku nak berkawan, aku nakkan keikhlasan antara orang tu dan juga diri aku sendiri. Tapi, kalau orang jenis macam aku ni, dengan sesiapa pun aku okay. Meaning to say, friendly. Bila aku berkawan, aku akan nilai dari segi 3 aspek which is tingkah laku, bahasa dan adab. About religion, gender, age and so on tu aku tak berapa kesah sebab bukan itu yang aku tengok.

Yes, jujur aku katakan yang aku ada ramai kawan. Bukan nak berlagak, tapi memang itu lah kenyataannya. Dah cakap tadi friendly, of course dengan sesiapa pun aku akan berkawan so that’s why kawan tu pun makin bertambah. Aku ada bermacam jenis kawan. Ada yang suka makan maggi, ada yang suka makan ayam, ada yang suka makan daging, ada yang suka makan roti, ada yang suka makan nasi dan ada juga yang suka makan kawan sendiri. Yang mana faham maksud aku, terima kasih bebanyak.

Bab kena maki oleh kawan sendiri, kena tipu oleh kawan sendiri, kena hina oleh kawan sendiri, kena fitnah oleh kawan sendiri, kena caci oleh kawan sendiri tu semua aku dah banyak kali alami. Aku rasa bukan aku sorang je yang pernah, kau orang pun mesti pernah kan? Yang belum pernah rasa lagi tu, aku salute kawan kau tu sebab keikhlasan dia nak berkawan tu ada. Oh ya, cakap pasal keikhlasan ni, nak bagitahu lah yang zaman sekarang ni tahu cakap tapi hakikatnya benda yang dikatakan tu tak ada langsung. Nak contoh? K ada sorang kawan ni dia cakap dia ikhlas nak berkawan, but actually dia ikhlas nak harta benda kau je tu. Tapi, bukan semua orang camtu tau. So, better hati-hati sebelum kena.

Aku okay, bila kawan nak maki aku. Aku okay, bila kawan nak fitnah aku. Aku okay, bila kawan nak kecam aku. Aku okay, bila kawan nak carut aku. Aku okay, bila kawan nak hina aku. Tapi aku tak okay, bila kawan nak memburukkan family aku. Aku tak okay, bila ada kawan lain cakap bukan-bukan pasal kawan aku sendiri. Bukan nak cakap aku ni jenis yang suka back up kawan. Bukan nak cakap aku ni jenis yang pentingkan kawan berbanding diri sendiri. Bukan nak cakap aku ni jenis yang menjaga hati kawan. Bukan jugak nak cakap aku ni jenis yang tunduk dengan kawan. Tapi ini lah aku. Ini lah perangai aku. Ini lah tingkah laku aku. Ini lah gaya aku. Ini lah diri aku. Terima kasih yang sudi berkawan, terima kasih yang masih bertahan, terima kasih juga yang sudah pergi menjauh sebab alasan tertentu yang entah aku boleh terima atau tidak.

Dari umur aku 3 tahun setengah sampai lah umur aku dah semakin meningkat sekarang ni, aku jumpa dengan orang yang berlainan. Berlainan dari pelbagai segi. Ada yang lain perangainya, ada yang lain latar belakangnya, ada yang lain adabnya, ada yang lain bahasanya dan bermacam lagi lah. Susah untuk aku gambarkan setiap jenis perangai kawan aku kecuali kawan yang dah bertahun lamanya bersama dengan aku. Kadang, aku terfikir yang aku ni bagus sangat ke sampai semua nak berkawan dengan aku? Aku ni hebat sangat ke sampai orang yang aku tak pernah kenal pun tetiba datang jumpa aku pastu mengadu itu ini pasal masalah dia orang tu? Aku ni baik sangat ke sampai semua pun nak mengharapkan pertolongan aku? Tapi aku tak kesah semua tu.

Mungkin sebab aku ni seorang yang peramah, so sesiapa pun selesa dengan aku. Eh, aku friendly bertempat. Ada orang, sikapnya peramah sampai kat mana-mana pun dia nak tunjuk perangai over dia tu. Ada orang, sikapnya peramah sampai dengan kau-kau sekali dia mengaku family. Ada orang, sikapnya peramah tapi masih menilai dalam diam. Yes, orang jenis macam ni adalah aku. Aku menilai bersebab, bukan suka-suka. Bukan cakap aku ni suka menilai orang sangat. Cuma, aku tak nak kalau suatu hari nanti ada perkara yang buruk jadi tempat aku akibat terlalu friendly dengan semua orang. Bukan senang nak berkawan. Bukan susah juga nak dapatkan kawan yang makan kawan. Bila diri ni terlalu baik dengan orang, orang akan ambil kesempatan dengan kita. Bila kita terlalu ikutkan permintaan orang, orang akan buat something bad dengan kita. So, hati-hati even dengan orang yang dah bertahun-tahun berkawan. Remember, tidak semestinya orang yang kita baru kenal tu tidak boleh dipercayai 100%. Tapi, zaman sekarang ni banyak dah kes buruk jadi sebab kawan ‘lama’.

Jangan terlalu ikut cakap kawan. Kawan ajak pergi sana sini, kau on. Kawan ajak jumpa member lama, kau on even kau sendiri tak kenal member dia tu. Kawan ajak buat benda baru, kau on. Kawan ajak makan ‘makanan baru’, kau on. Kawan ajak do something bad, kau pun on. Lagi-lagi bila kau tu perempuan. At first, memang rasa happy sebab kau anggap itu sebagai satu hiburan. Tapi bila dah jumpa keburukkannya, bila dah jumpa kelemahannya, bila dah jumpa akibatnya, baru nak menyesal. Baru nak menangis melolong minta tolong, baru nak sujud di kaki ibubapa sebab nak minta maaf, baru nak berfikir waras. Sebelum terima semua ajakan kawan tu, kenapa tak fikir? That’s why kau ada otak, untuk kau berfikir mana baik mana buruk, mana betul mana salah. Bukan nak jadikan hiasan dalaman.

Aku cakap camni bukan nak tunjuk matang. Bukan nak berlagak hebat. Bukan nak perasan bagus. Tapi, aku dah hadap benda-benda camni. Senang cakap, berpengalaman. Even pengalaman tu semua tak lah teruk mana, tak lah buruk sangat, tapi aku anggap itu sebagai satu akibat buruk kerana terlalu ikutkan kata-kata kawan. Terlalu sombong dengan nasihat orang lain sampai tak perasan rupanya dalam diam ada kawan yang cuba ambil kesempatan dekat aku. Syukur Alhamdulillah, aku sedar semuanya dan aku sekarang lebih berhati-hati ketika berkawan. Once again aku ucapkan bebanyak terima kasih kepada sesiapa yang dah tegur aku, yang dah beri nasihat kat aku, yang masih bersabar dengan semua dugaan bila berkawan dengan aku and so on yang melibatkan ‘diri aku’. Terima kasih, thank you, kamsahamida kepada mereka yang sudi berkawan dengan insan yang lemah ini.
All Rights Reserved 2017 ( SITI FILZAHTUL )